Tuesday 10 May 2011

Putus sudah kasih sayang.....

Hari ini hari SELASA.
Cuaca hari ini cerah bercampur panas terik.
Raksasa jagung dan Cak Keler pergi memancing di laut.
Selepas itu mereka pun pun pulang awal kerana Cak Keler rasa macam nak pengsan.(baru baik demam nak ikut jugak).Mereka dapat ikan kecil sahaja kerana tak dapat ikan besar.
Tapi Raksasa Jagung masak juga ikan bawal yang dia beli di pasar malam Putrajaya haritu.
Dia pun masak kicap ikan bawal itu.

Lepas makan dia pun tengok tvTiba-tiba dia pening kepala kerana cuaca panas lalu diapun segera mandi lalu makan Panadol active-fast.
Selepas itu dia pun tengok tv lagi.Raksasa Jagung suka tengok cerita CSI.Sebelum itu dia tengok Buletin Utama dahulu.Tapi sebelum dia tengok CSI dia pergi keluar dan borak-borak dengan jiran sebelah dan jiran depan rumahnya.

Jiran dia cerita pasal pilihanraya dan ular tedung selar.
Raksasa Jagung pula cerita pasal pancing tapi tak dapat ikan....
Selepas bersembang dengan jiran,dia pun masuk rumah dan terus tengok tv lagi.
Tiba-tiba Raksasa Jagung terfikir untuk menulis sajak tentang ikan lalu....

Hari ini seekor ikan kurau membuat aku gembira
hari ini seekor ikan kurau membaham umpan tambanku
hari ini seekor ikan kurau membengkokkan joranku
hari ini seekor ikan kurau membuat pancingku menjerit-jerit (ampun bos...ampun bos!)
hari ini seekor ikan kurau memutuskan tali pancingku
hari ini seekor ikan kurau telah memberikan aku satu tamparan tanpa bayang
hari ini seekor ikan kurau membuat aku terkedu
hari ini seekor ikan kurau berjaya mengecewakan aku......pui!

Selepas itu Raksasa Jagung terus sambung tengok CSI balik tetapi dalam kepala hotaknya masih teringatkan ikan kurau yang tungkis itu......arggghhhhhhhhhH!

Wednesday 27 April 2011

Sejurus sebelum mandi....sejukkah air tanki??

Sejurus sebelum mandi....
Bosan pulak kalau asik menghendap askar Jerman je
Memang tak susah nak sumbat peluru dalam kepala diorang
Tapi diorang kecoh panggil geng pulak
Save...quit...shut down jelah


Sejurus sebelum mandi....
Kenapa akhir-akhir ni aku malas nak jawab panggilan telefon?
"Sorry...I tak bz pun.Saje malas nak angkat.Lagi-lagi kalau tengah menghendap askar Jerman"...pui!
Tapi asik bunyik je telepon ni
Save...quit...shut down jelah


Sejurus sebelum mandi...
"Hello...ye...ye...ye ye ye...ok..ha?ok ok...grszzzsssttt...tak dengor...ok.Baiklah.Pui!"
Errr...enapa buruk sangat telepon bergerak aku ni?Tak macam aifon langsung
Kene lenyek dulu ngan kereta kebal kot baru nampak cam Blekberi
Save...duit...pospon jelah


Sejurus sebelum mandi....
Bila la boleh beli treadmil ni?
Jiran sebelah baru beli Fixie
Da  banyak hari malas nak turun padang main sepak-sepak
Kalau ada treadmil depan mata,bole la bina badan...pui!
Save...duit...pospon jelah


Sejurus sebelum mandi...
Nak pergi kebun ke pergi laut?
Nak test sonar baru ke nak semai pokok baru?
Nak makan dulu ke nak makan nanti dulu?
Nak carik makan ke nak carik ilmu?
Nak makan durian dulu ke nak mandi dulu?
Nak mandi slow2 ke nak mandi laju2?
Sejukk ke air tangki?
Pui...!!!

Friday 22 April 2011

respon......errr...maklumbalas...ye...maklumbalas.

respones to my dear followers (virus pilu kaler ungu and ummi zfe)...arrrhhh...!
Respon kepada komentar pengikut2 terbaikku (virus pilu kaler ungu dan ummi zfe).

Virus Pilu: "...Seolah tatkala bersalam dengannya, segala rahsia trauma, claustrophobia, perbuatan baik niat buruk, suka dan tak berapa suka, sopan mahupun santun discan oleh beliau..."

Orang macam yang macam kamu kabor ni mempunyai pandangan rohani yang kuat.Macam kat nota kaki teman dalam post tersebut,orang yang tengok dari luar je boleh tau berapa ramai orang dalam hospital tu.Insyaallah orang yang kamu kabor tu tergolong dalam orang-orang yang alim atau sufi.Mereka lebih mendalami ilmu-ilmu ketuhanan yang memberi banyak kelebihan.Sedikit petikan dari satu artikel yang teman baca;

"Sufi seterusnya masuk ke dalam bidang kasyaf. Penyaksian mata hati dan pengalaman rasa merupakan bidang kasyaf. Hati menyaksikan dan merasakan suasana ghaib dan hal-hal yang berhubung dengan ketuhanan. Walaupun sufi menyaksikan dan merasakan hal ketuhanan tetapi ia bukanlah Tuhan. Apa yang dibukakan kepada sufi itu adalah ibarat kunci yang membuka pintu makrifat untuk sufi mengenali Tuhan. Kasyaf tahap tertinggi hanyalah pengalaman rasa tanpa penyaksian tentang hal ketuhanan itu. Pengalaman rasa atau zauk tanpa penyaksian membawa sufi bermakrifat tentang Allah s.w.t yang Maha Esa, tiada sesuatu yang menyerupai-Nya. Makrifat cara begini menanamkan kefahaman yang tidak mampu dihuraikan... "

Kasyaf..? Kasyaf ni semacam bakat anugerah Tuhan yang diperolehi bila kita mendalami ilmuNya.Bermula dari tahap berfikir kemudian diteroka lebih jauh menjadi ilham yang memecahkan kebuntuan pemikiran seterusnya ke tahap kasyaf di mana pandangan mata hati jadi lebih jitu apabila kita mendalami ilmu ketuhanan.

Sedikit lagi petikan;


Bidang yang tidak dapat diterokai oleh fikiran mampu diterokai oleh ilham. Fikiran sangat mahir dalam menyusun sesuatu yang bersangkutan dengan kebendaan. Kebendaan yang menjadi bidang fikiran ini bertindak sebagai hijab kepada bidang ilham. Pengaruh dan tarikan kebendaan menjadi tembok yang menghalang manusia daripada memperolehi ilham.


Virus Pilu : "Namun, anak dara beliau, manis orangnya... amboiiiiiiiii! Anyways, mungkin ko ada sindrom macrovision macam beliau kot? kalu ye... agak2 ada can x aku ngan lisa surihani? "


Fuiiii....masih belum sampai tahap hikmat tu....(900 000hp ke atas rasanya)


Tapi la kan...nasihat daripada aku yang masih tahap Raksasa Jagung ni, Siapa pun ayahnya atau awek-awek yang baek punye tu anak sapa sekali pun, lu....hati mesti mau besar bro.Buat kering je...Ikhlas dan jujur dan bijak dan kreatif(semua tu gua tau lu ada) adalah aset mantap yang ramai lelaki tak ada.


Lisa Surihani memang cun,semart,lembut,mulus,educated,adorable....tp takat tu je.Gua pun minat,bro (pui!minat jugak ropenye) tapi Gua rasa kan....kan...gua rasa....ermmm lu dengan Lisa tak berapa nak ada masa depan,bro huarahahahah...sorry la gua melawak.Lu tunggu je sikit hari lagi lu dapat 1 awek yang cun cam Lisa tapi lebih 'baek punye' daripada Lisa Surihani.Kalau Lisa tu GT-S...lu dapat yang GT-R lak.Amin...40X.


Ummi zfe lak katanya;


"saya juga selalu mendapat gerak hati.. antaranya di mana ex bf mempunyai perempuan lain dulu.. kuat betul gerak hati tu.. rupanya memang nak ditinggalkan.. byk lagi gerak hati lain yang saya rasa.. sewaktu abah nak meninggal buat gerak hati saya tak bagi saya balik kl mlm dia nak meninggal tu.. sobsob.."


Jangan sedih,dik ye.....=)
Arwah tu baik orangnya...nescaya tergolong dalam golongan orang-orang yang dirahmati Allah.Amin
Benarlah gerak hati kamu sebelum Abah kamu 'pergi' haritu.Itu mungkin pesanan yang Arwah sampaikan kepada kamu secara tidak sedar.


Hasil kajian daripada Profesor Jagung yang ditiru daripada cakap-cakap orang pandai, menunjukkan kita dapat merasakan/ menerima mesej yang dihantar melalui gelombang minda daripada orang yang mempunyai hubungan yang erat dengan kita terutamanya keluarga(telepathicly bak kata orang Jawa).Begitulah sebaliknya.Kadang2 kalau kita tetiba teringat  kat mak tu mungkin masa tu dia tengah rindu sangat kat kita.Macam dalam drama tu bila Si anak kemalangan,Si Emak di rumah tiba-tiba terlepas pinggan di tangan.....alamat tak baik.


Pasal ex boipren kamu dulu tu kan,macam yang saya sms dulu, lebih kurang bunyinya "bongok benor boipren kamu tu".Syukur dan tahniah jika kamu selalu mendapat gerak hati yang membantu.Tu mungkin anugerah Tuhan.Tambahan pula kalau kita selalu berdoa....kita baca Fatihah (ayat ke-6) tu maksudnya tunjukkanlah kami jalan yang lurus......maka Tuhan pun tunjukkanlah kebenaran kepada kita.


Nasihat dari,Dr.Fadilah ComeToYou....Saat kita mendapat ilham atau gerak hati,segeralah berdoa agar diberi petunjuk olehNya.Moga kita dapat membuat keputusan yang tepat.Tapi....keputusan yang tak tepat itu pula jangan dianggap 1 kesalahan.Mungkin ianya 1 bentuk pembias bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk atau mungkin juga 1 bentuk pembelajaran melalui pengalaman yang memacu kita membuat keputusan yang lebih tepat kemudian hari.....agar kita menjadi insan yang....?...cemerlang ye....




*Aku sekadar berkongsi pengalaman-pengalaman yang aku dapati seolah-olah bersifat magis untuk sama-sama kita jadikan medan diskusi ilmiah yang mungkin amat berguna.Aku tidak layak memberi nasihat untuk kome ikuti tapi lebih berbentuk pandangan peribadi berdasarkan kegembiraan dan kesengsaraan aku di masa lalu supaya aku boleh melihat kome lebih gembira di masa hadapan.Terima kasih.....(hidup Raksasa Jagung)

Monday 18 April 2011

Supervision 2.9 type rookie

Beberapa purnama kebelakangan ni aku terasa semacam satu keanehan yg biasa berlaku sebelum ini tetapi menjadi lebih jelas kali ini....Firasat Melalui Gerak Hati.Ianya kupanggil GERAK HATI YANG PERTAMA.Pui!


Beberapa tahun yang lalu sewaktu aku sedang meningkat dewasa...pui! aku sering menyalahkan gerak hati yang memberi bacaan yang seakan2 benar tetapi memberikan keputusan yang merenggut jiwa.Keadaannya lebih kurang begini ; apabila aku sedang berfikir untuk membuat sesuatu keputusan,akan terbit 2 gerak hati yang memberi prediction.Kebanyakan keputusan yang aku buat akan salah tahap anjing laut sekiranya aku mengikut gerak hati yang ke-2.Sudah biasa terjadi begitu,aku pon malas nak amik pot lagi.Segala keputusan yang ingin dibuat aku tawakal je.


Berlainan pula kali ini apabila aku cuba mendalami gaya gerak hati sendiri.Memang Allah S.W.T menganugerahkan hati sebagai motherboard untuk manusia mendapatkan panduan secara rohaniah.Bak kata pilot kapal terbang buruk dalam cerita Run Down tu..."walk by faith,not by sight" kepada sang hero ketika sang hero terlihat sayap kapal terbangnya hanya diikat dengan duck tape.


So,adakah gerak hati kita datang dari iman kita yang akan mendorong kita membuat keputusan terbaik?? Macam mana pulak kalau iman yang tahap-tahap aiskrim potong?Ya...!
Ada benarnya kata-kata pilot kapal terbang buruk tu.Walaupun aku rasa iman aku ni kadang-kadang macam kulit bawang je tapi dorongannya membawa aku ke satu dimensi baru dalam pengaturcaraan gerak hati yang mensasarkan hasil pemikiran terbaik dalam jarak masa milisaat sahaja.(novel fiksen apakah ini?pui!)


Tuan-tuan dan puan-puan sekelian....apa yang aku ingin jelaskan di sini bukanlah isu deria ke-6 atau pandangan supervisi...tapi 1 macam perasaan di mana aku seperti diberitahu apakah perkara yang akan berlaku dalam masa terdekat.Satu contoh cerita di mana sewaktu aku sedang memarut kelapa di belakang rumah,tiba-tiba sahaja terlintas dalam kepala hotak aku ni bayangan jari jemariku yang terkena mata parut mesin kukur tu.Beberapa ketika selepas itu juga langsung jari kelingking aku betul-betul dimakan dek mata parut tu.Lahanat tungkik amatlah pedih rasanya.Kebetulan sejurus sebelum kemajalan itu berlaku,bayangan malang itu datang bersama GERAK HATI YANG PERTAMA.


Beberapa keadaan yang lebih kurang sama juga berlaku selepas itu di mana aku mendapat early edition melalui gerak hati yang pertama.Haritu aku ingat semua kejadian-kejadian/keadaan yang magik tu.Tapi lambat sangat aku coret kat sini,langsung aku lupa pulak.Cerita parut kelapa tu je yang aku ingat.Lipas kering betul la...Kejadahnya pulak sekarang ni keadaan-keadaan seperti itu sudah semakin jarang berlaku.Tapi yang terbaru, cerita Suraya (awek lama...pui!) yang sudah lama aku tak tahu kabarnya.Lepas kes die mintak tolong pinjamkan duit sikit (dah bayor balik),langsung die pon tak kontek lagi dan terus tukau nombor tepon..Tetiba aku tergerak nak tengok pesbuk dia.Nah!Gambor terbaru ngah bersanding.Wa caya sama lu lah,beb!Takde sape pun bagitau aku bahkan kawan2 beliau juga ramai yang tak tahu.Semoga berbahagialah.


Jadi....aku percaya di luar sana ada ramai manusia yang mempunyai gerak hati atau pandangan rohani yang kuat.Lebih-lebih lagi mereka yang dekat dengan Maha Pencipta.Bisa membaca peribadi orang lain dengan satu renungan.Haaaa...dasat tu.Tidak hairan juga kalau ada manusia yang mampu mengawal 'homeostasisnya' sendiri macam dalam cerita Samurai tu....dasat.




*Seorang sahabat dari kota pernah menceritakan perihal seorang manusia yang alim bisa mengetahui berapa ramai orang dalam Hospital Pantai tu dengan hanya melihat dari luar...dasat tak?

Thursday 7 April 2011

Gerak Hati YANG PERTAMA?

Aku cuba-cuba gak mendalami apa yang aku mula rasa pada GERAK HATI YANG PERTAMA itu.Aku masih tak faham...dari mana datangnya,bila datangnya dan yang mana satu yang PERTAMA itu?
Yang pastinya gerak hati yg pertama itu memberitahu aku apa perkara yg bakal aku lalui.

Bukan 1x atau 2x tapi dah berkali2 aku alami..............mari kita selami perlahan2 selepas ini.

Lalulintas minda yang kerap sesak...jangan diasak!

11:26 PM
Eleh..Awal lagi ni kalau nak tidur.Panas lak rasanya.Memang akhir2 ni suhu di waktu malam naik banyak.Berbahang je rasa rumah aku ni.Takkan nak 24jam pasang 'ekon'?Pecah tabung lak karang nak bayor bil elektrik.Teringat pulak aku kat bil2 semasa.Terasa cam miskin lak bila time takde kerja ni nak kene pulun bayor macam2.Minda terasa sesak dgn lalulintas aliran tunai yang cair macam ais kene jemur.

Ini bakal mengakibatkan defisit! Beberapa hari ni aku cuba perah otak mencari jalan penyelesaian terbaik untuk meningkatkan kadar 'pembolotan' wang untuk menjana 'surplus'.Cili yang sudah berbunga masih belum cukup utk menampung penggunaan tunai.Projek cili aku belum layak dipanggil R&D.Masih di tahap try n error.

BIL-BIL
TREADMILL
BLACKBERRY
SELUAR JEANS BARU SELAI DUA JE PUN)
WATER FILTER
TRIP BALIK KAMPUNG
TRIP CUTI-CUTI REHATKAN OTAK
RENEW ROAD TAX MOTOR
RENEW LESEN GDL
RENEW LESEN MOF
TABLE-TOP DAPUR
CAT BUMPER KERETA

Berapa kerat sangat yang aku boleh keluarkan dari senarai?Hampir semuanya keperluan.Mungkin BB ngan CAT BUMPER tu aku leh K.I.V.Tapi masih banyak yang lain...RM2-3k memang tak cukup.Sumber?Entahlah....harapkan komisen bulanan pun baru dapat suap 40%.Fuhhh miskin....

Tapi kan...Alhamdulillah la setakat ni sengkek2 aku pun tak kebulur,masih pakai baju dan seluar,mandi air paip dan tengok Maharaja Lawak di Astro.Janji Tuhan,kalau kita selalu bersyukur Tuhan akan cukupkan keperluan kita.Tapi takkan nak selamanya di tahap ini.Harus berusaha utk yg lebih baik.Kan?

* ramai lagi yg lebih miskin daripada aku boleh 'survived'.How do they do?

Friday 1 April 2011

Apa bikin meyyyy??

Dah sepurnama juga aku tak godek2 blog aku ni....asal nak mengadap je jadi malas...pui! Banyak perkara ingin aku kongsikan kerana banyak perkara yg berlaku kebelakangan ini....perkara2 yang membuatkan aku lebih banyak berfikir......Agungnya kuasa Tuhan....perlu sedikit masa lagi.