11:26 PM
Eleh..Awal lagi ni kalau nak tidur.Panas lak rasanya.Memang akhir2 ni suhu di waktu malam naik banyak.Berbahang je rasa rumah aku ni.Takkan nak 24jam pasang 'ekon'?Pecah tabung lak karang nak bayor bil elektrik.Teringat pulak aku kat bil2 semasa.Terasa cam miskin lak bila time takde kerja ni nak kene pulun bayor macam2.Minda terasa sesak dgn lalulintas aliran tunai yang cair macam ais kene jemur.
Ini bakal mengakibatkan defisit! Beberapa hari ni aku cuba perah otak mencari jalan penyelesaian terbaik untuk meningkatkan kadar 'pembolotan' wang untuk menjana 'surplus'.Cili yang sudah berbunga masih belum cukup utk menampung penggunaan tunai.Projek cili aku belum layak dipanggil R&D.Masih di tahap try n error.
BIL-BIL
TREADMILL
BLACKBERRY
SELUAR JEANS BARU SELAI DUA JE PUN)
WATER FILTER
TRIP BALIK KAMPUNG
TRIP CUTI-CUTI REHATKAN OTAK
RENEW ROAD TAX MOTOR
RENEW LESEN GDL
RENEW LESEN MOF
TABLE-TOP DAPUR
CAT BUMPER KERETA
Berapa kerat sangat yang aku boleh keluarkan dari senarai?Hampir semuanya keperluan.Mungkin BB ngan CAT BUMPER tu aku leh K.I.V.Tapi masih banyak yang lain...RM2-3k memang tak cukup.Sumber?Entahlah....harapkan komisen bulanan pun baru dapat suap 40%.Fuhhh miskin....
Tapi kan...Alhamdulillah la setakat ni sengkek2 aku pun tak kebulur,masih pakai baju dan seluar,mandi air paip dan tengok Maharaja Lawak di Astro.Janji Tuhan,kalau kita selalu bersyukur Tuhan akan cukupkan keperluan kita.Tapi takkan nak selamanya di tahap ini.Harus berusaha utk yg lebih baik.Kan?
* ramai lagi yg lebih miskin daripada aku boleh 'survived'.How do they do?
Mereka yang lain tu bersykur gak bro.mcm lu la... bersyukur. InsyaAllah ada rezeki untuk org2 sabar, berusaha serta bersyukur. Aku kadang2 cam nak sewakan aja roh aku ni. tp roh aku ni pun, bukan aku punya... hahahahaha.
ReplyDelete