Monday, 18 April 2011

Supervision 2.9 type rookie

Beberapa purnama kebelakangan ni aku terasa semacam satu keanehan yg biasa berlaku sebelum ini tetapi menjadi lebih jelas kali ini....Firasat Melalui Gerak Hati.Ianya kupanggil GERAK HATI YANG PERTAMA.Pui!


Beberapa tahun yang lalu sewaktu aku sedang meningkat dewasa...pui! aku sering menyalahkan gerak hati yang memberi bacaan yang seakan2 benar tetapi memberikan keputusan yang merenggut jiwa.Keadaannya lebih kurang begini ; apabila aku sedang berfikir untuk membuat sesuatu keputusan,akan terbit 2 gerak hati yang memberi prediction.Kebanyakan keputusan yang aku buat akan salah tahap anjing laut sekiranya aku mengikut gerak hati yang ke-2.Sudah biasa terjadi begitu,aku pon malas nak amik pot lagi.Segala keputusan yang ingin dibuat aku tawakal je.


Berlainan pula kali ini apabila aku cuba mendalami gaya gerak hati sendiri.Memang Allah S.W.T menganugerahkan hati sebagai motherboard untuk manusia mendapatkan panduan secara rohaniah.Bak kata pilot kapal terbang buruk dalam cerita Run Down tu..."walk by faith,not by sight" kepada sang hero ketika sang hero terlihat sayap kapal terbangnya hanya diikat dengan duck tape.


So,adakah gerak hati kita datang dari iman kita yang akan mendorong kita membuat keputusan terbaik?? Macam mana pulak kalau iman yang tahap-tahap aiskrim potong?Ya...!
Ada benarnya kata-kata pilot kapal terbang buruk tu.Walaupun aku rasa iman aku ni kadang-kadang macam kulit bawang je tapi dorongannya membawa aku ke satu dimensi baru dalam pengaturcaraan gerak hati yang mensasarkan hasil pemikiran terbaik dalam jarak masa milisaat sahaja.(novel fiksen apakah ini?pui!)


Tuan-tuan dan puan-puan sekelian....apa yang aku ingin jelaskan di sini bukanlah isu deria ke-6 atau pandangan supervisi...tapi 1 macam perasaan di mana aku seperti diberitahu apakah perkara yang akan berlaku dalam masa terdekat.Satu contoh cerita di mana sewaktu aku sedang memarut kelapa di belakang rumah,tiba-tiba sahaja terlintas dalam kepala hotak aku ni bayangan jari jemariku yang terkena mata parut mesin kukur tu.Beberapa ketika selepas itu juga langsung jari kelingking aku betul-betul dimakan dek mata parut tu.Lahanat tungkik amatlah pedih rasanya.Kebetulan sejurus sebelum kemajalan itu berlaku,bayangan malang itu datang bersama GERAK HATI YANG PERTAMA.


Beberapa keadaan yang lebih kurang sama juga berlaku selepas itu di mana aku mendapat early edition melalui gerak hati yang pertama.Haritu aku ingat semua kejadian-kejadian/keadaan yang magik tu.Tapi lambat sangat aku coret kat sini,langsung aku lupa pulak.Cerita parut kelapa tu je yang aku ingat.Lipas kering betul la...Kejadahnya pulak sekarang ni keadaan-keadaan seperti itu sudah semakin jarang berlaku.Tapi yang terbaru, cerita Suraya (awek lama...pui!) yang sudah lama aku tak tahu kabarnya.Lepas kes die mintak tolong pinjamkan duit sikit (dah bayor balik),langsung die pon tak kontek lagi dan terus tukau nombor tepon..Tetiba aku tergerak nak tengok pesbuk dia.Nah!Gambor terbaru ngah bersanding.Wa caya sama lu lah,beb!Takde sape pun bagitau aku bahkan kawan2 beliau juga ramai yang tak tahu.Semoga berbahagialah.


Jadi....aku percaya di luar sana ada ramai manusia yang mempunyai gerak hati atau pandangan rohani yang kuat.Lebih-lebih lagi mereka yang dekat dengan Maha Pencipta.Bisa membaca peribadi orang lain dengan satu renungan.Haaaa...dasat tu.Tidak hairan juga kalau ada manusia yang mampu mengawal 'homeostasisnya' sendiri macam dalam cerita Samurai tu....dasat.




*Seorang sahabat dari kota pernah menceritakan perihal seorang manusia yang alim bisa mengetahui berapa ramai orang dalam Hospital Pantai tu dengan hanya melihat dari luar...dasat tak?

3 comments:

  1. Ada jiran sedara aku kat Pantai Dalam yang sering aku cuba elakkan diri dari bertembung. Semuanya kerana cara bersalam beliau yg menyebabkan aku rasa "dibaca". Seolah tatkala bersalam dengannya, segala rahsia trauma, claustrophobia, perbuatan baik niat buruk, suka dan tak berapa suka, sopan mahupun santun discan oleh beliau.... Namun, anak dara beliau, manis orangnya... amboiiiiiiiii! Anyways, mungkin ko ada sindrom macrovision macam beliau kot? kalu ye... agak2 ada can x aku ngan lisa surihani?

    ReplyDelete
  2. saya juga selalu mendapat gerak hati.. antaranya di mana ex bf mempunyai perempuan lain dulu.. kuat betul gerak hati tu.. rupanya memang nak ditinggalkan.. byk lagi gerak hati lain yang saya rasa.. sewaktu abah nak meninggal buat gerak hati saya tak bagi saya balik kl mlm dia nak meninggal tu.. sobsob..

    ReplyDelete
  3. Next post is response to your comments.

    ReplyDelete